Jom Apply Insurans Takaful Anda Secara Mudah:Online Sahaja! Apply SEGERA! Saya Bantu Anda..

Sebelum memulakan bicara, saya perkenalkan diri saya. Nama saya Fairuz Ramli. Saya merupakan Konsultan Profesional AIA Public Takaful. Saya personally dapati pakej dan kelebihan AIA Public Takaful adalah yang terbaik ketika ini. Jika anda buat research dan perbandingan, pasti banyak kelebihan di AIA Public Takaful. Saya tidak menjual insurans, saya konsultan anda. Apa tugas konsultan? Saya analisis risiko keperluan insurans anda dan saya cadangkan pelan yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda.
Salam perkenalan, dan selamat membaca :)

Hibah Takaful

Hibah Takaful

Hibah Takaful
Hibah Takaful


Ketika ini, istilah hibah takaful begitu popular terutamanya dikalangan ejen insurans. Jadi mari kita lihat apakah hibah takaful ini dan apa sebenarnya keperluan hibah takaful dalam kehidupan seharian kita.

Apakah hibah?

Hibah adalah pemberian secara sukarela oleh pemilik harta, tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada penerima hibah. Ia adalah satu bentuk tanda kasih sayang daripada si pemberi kepada penerima. Hibah tidak dihadkan kepada waris dan talian darah. Hibah boleh diberi kepada rakan, kawan, rakan sepejabat dan juga penerima bukan islam.


Hibah Takaful
Hibah Takaful

Apakah Hibah Takaful?

Hibah takaful bermaksud pemberian sejumlah wang pampasan kematian kepada penerima hibah yang dipilih dalam bentuk manfaat polisi takaful. Hibah ini adalah dalam bentuk tertangguh kerana hanya selepas kematian pemilik polisi, barulah wang pampasan dihibahkan kepada penerima.

Pemberian ini perlu dituntut oleh waris atau penerima hibah dengan mengemukakan borang dan dokumen berkaitan di mana mana pejabat AIA terdekat. Ianya mudah dan mudah dicairkan berbanding harta pusaka lain yang memerlukan perbicaraan dan surat kuasa untuk dilaksanakan. 

Kelebihan hibah takaful, adalah ianya hanya melibatkan antara penerima hibah dan pihak AIA sahaja. Waris tidak perlu masuk perbicaraan di mana mana, kerana hibah takaful ini unik. Hibah takaful ini jatuh di bawah undang undang Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013. Sebab itulah waris perlu segera buat tuntutan sebab ianya adalah sumber kewangan pantas untuk waris yang masih hidup untuk meneruskan hidup dan sebagai modal untuk menguruskan pembahagian pusaka yang lain.


Masalah Kewangan Hibah Takaful
Masalah Kewangan Waris Masih Hidup

Waris memerlukan modal tunai segera kerana:

1- kebanyakkan tunai pusaka akan beku sehingga proses pengurusan pusaka dilaksanakan.
2- Biasa berlaku perebutan harta pusaka di awal kematian pemilik harta.
3- Tidak berminat kerana menguruskan harta pusaka memerlukan kos secara tidak langsung.
4- Menguruskan jenazah dan hutang hutang berkaitan.
5- Memberi peluang untuk tebus sebarang bahagian faraid waris yang leceh jika dibahagi bahagikan.

Jika wang hibah takaful ini diperolehi oleh waris dalam tempoh sebulan selepas tuntutan, maka hibah takaful ini sangat sangat boleh membantu waris.

Berapa yang perlu anda hibah takafulkan kepada waris?

Bergantung kepada kemampuan dan keperluan menyelesaikan hutang yang akan membebankan waris. Boleh jadi dalam nilaian hutang harta seperti rumah, tanah, kereta yang boleh diselesaikan dan diberi kepada waris atau dalam bentuk nilai pendapatan seisi rumah yang sudah biasa dinikmati oleh keluarga anda. Nilai gantian pendapatan ini boleh dalam bentuk tempoh, samada pendapatan keluarga selama 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun.

Ayat Al Quran Berkaitan Wasiat


TAFSIR AL-BAQARAH AYAT : 240 (Wasiat Bagi Seorang Isteri Untuk Tinggal Selama Setahun di Rumah Suaminya yang Meninggal)

Dalam ayat berikut Allah Ta’ala masih menjelaskan apa-apa yang berhubungan dengan hak-hak wanita yang suaminya meninggal dunia, dan apa yang harus dilakukan bagi seorang suami dan ahli warisnya, serta apa yang harus dilakukan bagi seorang istri sepeninggal suaminya, setelah dijelaskan berkenaan dengan perintah agar mereka senantiasa menjaga shalat dan tidak melalaikannya akibat masalah-masalah kekeluargaan yang menimpa mereka. Allah Ta’ala berfirman:…..

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لأَزْوَاجِهِم مَّتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍ وَاللهُ عَزِيزُُ حَكِيمُُ {240}



“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan istri, hendaklah berwasiat untuk istri-istrinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.” (Al-Baqarah: 240).

Apakah kelebihan hibah takaful?

1- Penama adalah penerima mutlak. Tak perlu runding dengan waris yang lain. Wang pampasan adalah milik penama sepenuhnya.
2- Prosedur untuk tuntutan tak perlu ikut prosedur pengurusan pusaka yang panjang seperti perbicaraan dan faraid.
3- Mengelakkan pertikaian keluarga kerana hibah takaful tidak boleh dipertikai atau dibawa untuk bantahan.
4- Sesiapa sahaja boleh jadi penerima hibah walaupun bukan waris atau bukan beragama islam. Dengan syarat berumur 18 tahun ke atas.

Konsep Hibah VS Konsep Faraid


Bapa
1/6 jika arwah tiada anak/ada anak perempuan sahaja + Baki
1/6 jika arwah ada anak
Ibu
1/6 jika arwah ada anak saudara kandung 2 / lebih
1/3 jika arwah tiada anak
Anak Perempuan
1/2 jika anak perempuan tunggal tanpa anak lelaki
2/3 jika anak perempuan melebihi seorang tanpa anak lelaki
1/2 jika berkongsi dengan anak lelaki
Anak Lelaki
2/1 jika berkongsi dengan anak perempuan
semua baki jika anak lelaki sahaja
Suami
1/2 jika arwah tiada anak
1/4 jika arwah ada anak
Isteri
1/4 jika arwah tiada anak
1/8 jika arwah ada anak
 
Jika anda perhatikan, kedudukan isteri sangat sangat memerlukan TAMBAHAN bahagian daripada HIBAH TAKAFUL. Sayangkah anda kepada isteri anda? Betul betul sayang???
* Kepada isteri yang membaca tulisan ini, galakkan suami anda untuk buat hibah takaful demi untuk anda dan anak anak juga.


Bahagian Faraid Isteri Hibah Takaful
Bahagian Faraid Isteri
Cuba lihat gambar di atas, isteri dan anak anak perempuan dapat sikit je.



Harta Beku Hibah Takaful
Harta Pusaka Akan Beku

Anda rasa urusan pusaka boleh selesai 2-3 bulan? Jika lebih kompleks kes anda, lebih lama urusan sebelum anda anak beranak dapat hidup selesa.


Berebut Harta Pusaka Hibah Takaful
Berebut Harta Pusaka Antara Keluarga Ipar

Biasa untuk keluarga ipar masuk campur urusan pusaka. Bagaimana persediaan anda?

Kelemahan Hibah Takaful

1- Ia tidak menyelesaikan pengurusan pusaka si mati. Waris perlu menguruskan seperti biasa. Cuma apabila si mati membekalkan hibah takaful kepada waris, kebajikan waris terbela dan tidak dibelengu hutang dan tiada wang belanja. Bayangkan jika isteri adalah suri rumah. Hibah takaful menjadi sangat kritikal dan perlu.

Untuk pengurusan pusaka, boleh rujuk <SINI>

2- Hibah tidak dapat automatik. Ini waris perlu faham dan jika anda membuat hibah takaful, sila maklumkan dan sediakan salinan dokumen diri berkaitan seperti salinan IC, surat beranak, sijil nikah, buku polisi dan sebagainya. Waris perlu tuntut untuk dapatkan hibah ini. Tuntutan hibah takaful adalah antara perkara pertama yang waris perlu buat selepas kematian pemberi hibah.


Kesimpulan Hibah Takaful

Kesimpulannya hibah takaful sangat membantu kelangsungan kehidupan waris selepas kematian supaya kebajikan dan perbelanjaan tidak terjejas. Ia menjadi kritikal apabila:
1- Isteri adalah suri rumah dan tiada sumber pendapatan
2- Anak anak masih membesar atau belum habis belajar ijazah
3- Ada anak kelainan upaya (OKU)
4- Ada anak angkat. Ketahuilah bahawa anak angkat tidak layak menerima harta pusaka dan faraid. Kes biasa ialah anak angkat tak dapat apa apa.
5- Anda tiada simpanan tunai yang besar untuk diwariskan kepada waris anda. Hibah Takaful adalah salah satu duit kecil menjadi duit besar. Jika kereta pun anda insurans kan, kenapa diri anda tidak?

Apa Kelebihan Hibah Takaful AIA Apply Dengan Saya?

1- Takaful Nyawa/Hibah Takaful terbaik dalam pasaran (A-Life Signature-i)
2- Tempoh pembayaran yang fleksibel
3- Perlindungan tinggi bermula RM500K
4- Faedah kematian akibat kemalangan 200%
5- Faedah kematian ketika haji atau umrah 200%
6- Faedah kematian akibat kemalangan di dalam kenderaan awam 300%
7- Faedah kematian akibat bencana alam semulajadi 600%
8- Pendorong kematangan +20%
9 -Jika isteri atau anak ambil polisi, caruman lebih rendah kerana dapat diskaun 10% di atas amaun bayaran premium (PlusOne).
10 - Saya pakar takaful AIA. Satu Malaysai Cover boss!

 
Hibah Takaful AIA
Hibah Takaful AIA

 

Bagaimana nak mula buat Hibah Takaful?

1- Buat kiraan kasar hutang yang akan diwarisi oleh waris (sila tolak loan yang dah ada takaful seperti loan rumah dan lain lain).
2- Kirakan pendapatan bulanan keluarga anda dan berapa lama diperlukan untuk keluarga anda survive sebelum mereka boleh berdikari dan cari pendapatan lain.
3- Apa keperluan pendidikan yang boleh diwariskan kepada anak anak contohnya untuk anak masuk ke Universiti dan sambung ijazah, modal sekurang kurangnya RM30K diperlukan.
4- Hubungi saya untuk quotation hibah takaful;
Whatsapp saya Info:
Nama Penuh
Tarikh Lahir
Nama Penuh Jawatan Pekerjaan
Taraf Merokok Ya/Tidak
Taraf Kesihatan Sekarang

  • Kenapa bertangguh kerana anda dah tahu tentang kepentingan hibah takaful?
  • Hibah Takaful bukan kehendak jika situasi anda "memerlukan dan kritikal". Ini bukan perkara main main!
  • Apply Segera Hibah Takaful dengan Pakar Hibah Takaful Anda. Lebih cepat lebih baik. Kesedaran datang dari hati anda, saya hanya menunjukkan jalan.

Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA
 
Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)










 

Copyright © Insurans AIA Public Takaful dan Medical Card Keluarga Murah Designed by azhafizah.com