Pengecualian Medical Card Company AIA

Pengecualian Medical Card Company AIA


pengecualian insurans syarikat AIA


Anda perlu faham tentang pengecualian dalam polisi insurans company ini. Jangan sampai tak cover nanti anda cakap tak tahu. Sama sama kita ambil tahu dan beringat.

Pengecualian Penjagaan Kemasukan ke Hospital & Pesakit Luar

Tiada bayaran faedah akan dibuat bagi sebarang perkhidmatan, produk atau keadaan
atau kecederaan yang berpunca dari berikut:

1. Pembedahan plastik/kosmetik atau rawatan termasuk (tetapi tidak terhad kepada)
sebagai contoh kelopak mata ganda, jerawat, keloid, bekas luka, tag kulit, alopesia
disebarkan/kehilangan rambut, dan lain-lain, atau untuk rawatan komplikasi.


2. Penjagaan dan rawatan yang berbentuk eksperimen, siasatan atau perkhidmatan yang
tidak disahkan dan tidak sesuai dengan standard profesional dan/atau tidak
merupakan keperluan perubatan. Pengecualian ini termasuk (tetapi tidak terhad
kepada) terapi seperti:
• rawatan sel stem, latihan berkaitan dan setiap komplikasi yang timbul selepas itu,
• jaminan darah,
• terapi hormon dan terapi penggantian hormon kecuali pembedahan induksi putus haid.
• rawatan pendedahan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.


3. Rawatan bagi kecederaan yang dialami ketika melakukan jenayah atau feloni, atau
semasa dalam pengaruh alkohol, atau bahan pengkhayal minda atau bunuh diri,
percubaan bunuh diri atau kecederaan tubuh badan yang disengajakan pada masa
siuman atau tidak siuman.


4. Sebarang rawatan, perkhidmatan dan bekalan untuk program pemberhentian
merokok dan rawatan yang berkaitan dengan penyalahgunaan bahan seperti alkohol,
narkotik dan sebagainya.


5. Penjagaan juruwarat persendirian, sebarang penjagaan rapi atau dipanggil ke rumah
yang diupah oleh Ahli yang Dilindungi atau rawatan dari pusat rehat atau pusat
rawatan persendirian untuk tujuan penyembuhan.


6. Mekanikal atau kaedah kimia untuk kawalan kelahiran kontraseptif atau rawatan
berkaitan kemandulan. Disfungsi seksual atau ujian atau rawatan berkaitan impoten
atau pensterilan.


7. Pemeriksaan dan rawatan yang berkaitan dengan kehamilan, termasuk melahirkan,
kehamilan ektopik dan vesikular Mole dan semua komplikasi yang timbul daripadanya.
Bagaimanapun, pengecualian ini tidak digunapakai sekiranya keguguran di bawah 28
minggu yang disebabkan oleh kemalangan di bawah perlindungan Pelan Kesihatan
Kumpulan, tetapi tertakluk kepada had bagi perlindungan ini. Walau bagaimanapun,
jika Ahli yang Dilindungi mempunyai perlindungan Faedah Bersalin, had perlindungan
adalah tertakluk kepada had-had faedah masing-masing.


8. Pembedahan pertukaran jantina dan terapi hormon seks berkaitan pembedahan
seumpama itu.


9. Berkhatan kecuali perubatan diperlukan untuk rawatan penyakit.
10. Keadaan yang berkaitan dengan penyakit berjangkit seksual, AIDS dan Kompleks
Berkaitan AIDS atau sekuelnya, dan sebarang penyakit berjangkit yang memerlukan
kuarantin oleh undang-undang.


11.Terapi alternatif seperti (tetapi tidak terhad kepada) Akupuntur, Khiropraktik,
Osteopati, Refleksologi, Bonesetting, Urut, Terapi Aroma, Herba, Podiatrik,
Konsultasi Dietik dan rawatan, perkhidmatan pengajaran/rawatan dan Perubatan
Komplementari Tradisional dan sebagainya.


12.Vitamin, Makanan Suplemen, Perubatan Herba, Anti Obesiti/Agen Pelangsingan,
Pelincir Mata dan sebarang suplemen atau ubat-ubatan yang boleh didapati di kaunter
atau bekalan perubatan yang ditetapkan dan tidak ditetapkan untuk pesakit luar.


13.Sabun, Syampu, Pembersih, Krim Vitamin, Salap Vitamin, Pelembab, Pelincir,
Anti-Penuaan, Rawatan Pemutihan dan sebarang produk mempunyai kesan yang
serupa.


14.Ganguan psikotik, mental atau saraf dan keadaan tingkahlaku termasuk neurosis dan
manifestasi fisiologikal atau psikosomatik.


15.Setiap rawatan atau penilaian bagi penyakit semula jadi (sejak lahir), penyakit
keturunan atau penyakit perkembangan, kecacatan dan sebarang kehilangan upaya
atau komplikasi yang timbul daripadanya termasuk tetapi tidak terhad kepada sist
dermoid, hernia kanak-kanak/hidrokel (semua jenis hernia sehingga usia enam tahun
adalah tidak dilindungi), kaki tombol, cacat septum ventrikel (VSD), cacat atrium
septal (ASD), Thalasemia, mata juling, Heamangioma, Perubatan Komplementari
Tradisional dan lain-lain.


16.Penyakit atau kehilangan upaya bayi baru lahir yang berlaku semasa dalam
kandungan atau semasa kelahiran atau dalam tempoh empat belas (14) hari pertama
selepas dilahirkan.


17.Ujian alahan – darah/topikal termasuk ujian tampalan.


18.Kemasukan hospital untuk tujuan penyiasatan, pemeriksaan fizikal rutin,
pemeriksaan kesihatan, rawatan pencegahan dan ujian diagnostik yang tidak
berkaitan dengan rawatan atau diagnosis kehilangan upaya yang dilindungi.


19.Terapi pertuturan dan pemulihan anggota yang bukan merupakan sebahagian
daripada program rehabilitasi setelah keluar dari hospital disebabkan trauma, kecuali
yang merupakan rawatan susulan bagi kehilangan upaya pesakit dalam hospital dan
tertakluk kepada had-hadnya.


20.Sebarang rawatan pembetulan untuk pembiasan yang tidak betul termasuk tetapi
tidak terhad kepada yang berikut seperti Ortopik, stimulasi visual, Radikal
Keratotomi, Lasik, Intralase, Xyoptics, implan phacik I0L atau pembedahan
penggantian lensa intra-okular. 

 
21. Semua pembetulan kacamata atau kanta lekap, kecuali kanta intraocular monofocal
dalam pembedahan katarak.

22.Rawatan pergigian termasuk:-

i) Sebarang rawatan atau pembedahan pergigian kecuali apabila diperlukan
disebabkan kecederaan yang diperolehi dalam kemalangan. Walaubagaimanapun,
ia tidak termasuk penggantian gigi asli, penggantian gigi palsu dan perkhidmatan
gigi palsu seperti bridges dan penggantian “Crown” bagi kes-kes Kecederaan
Akibat Kemalangan.

ii) Pembedahan tulang rahang atas dan bawah kecuali rawatan secara langsung
untuk kecederaan traumatic atau kanser.

iii) Pembedahan orthognathic, penyelarasan rahang atau rawatan untuk sendi
temporomandibular.

23.Penggunaan atau perolehan semula peralatan luaran (misalnya anggota palsu, alat
bantuan pendengaran, kebok aero dan peralatan bagi penebulan, tekanan saluran
hawa positif terus-menerus (CPAP), alas ortopedik) dan kos sewa peralatan tersebut
kecuali semasa berada dalam hospital di bawah perlindungan Pelan Kesihatan
Kumpulan tetapi tertakluk kepada had-hadnya.

24.Kesan daripada radiasi atau pencemaran radioaktif daripada sebarang sumber.

25.Peperangan, rusuhan, penentangan, pemberontakan, kekacauan awam, letupan
senjata peperangan, aktiviti berhubung dengan keganasan, bergiat cergas dalam
mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok,
peperangan nuklear, peperangan/aktiviti biologi kimia.

26.Perkhidmatan bukan perubatan yang disediakan oleh hospital seperti tv, telefon, faks,
radio atau kemudahan seumpamanya. Kit/pek kemasukan dan barang-barang bukan
perubatan yang tidak layak (kecuali yuran pendaftaran yang ditanggung semasa
dimasukkan ke hospital sahaja) Caj bagi perkhidmatan ini hendaklah dibayar oleh Ahli
yang Dilindungi sebelum keluar hospital atau pusat rawatan harian kecuali seperti
yang dinyatakan.

27.Terapi fizikal pesakit luar atau fisioterapi tidak dilindungi dan tidak boleh dirujuk oleh
doktor biasa. Perkhidmatan ini hanya dilindungi apabila dirujuk oleh doktor pakar dan
rawatan hendaklah diperolehi Juru Fisioterapi yang berdaftar. Ahli yang Dilindungi
hendaklah mempunyai perlindungan faedah hospital dan surgeri tertakluk kepada
had-hadnya.

28.Suntikan pencegahan penyakit kecuali yang dinyatakan di bawah garis panduan
Kementerian Kesihatan Malaysia yang digunakan bagi kanak-kanak yang layak sahaja
(tertakluk kepada pesakit luar, jika ada).
29.Kos yang ditanggung untuk sumbangan organ badan oleh Ahli yang Dilindungi dan kos
pemindahan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma semasa
pemindahan organ dan komplikasinya.

30.Pemeriksaan dan rawatan gangguan tidur dan mendengkur.

31.Perbelanjaan yang ditanggung bagi kanta lekap, penggunaan kosmetik/oral/prosedur
pembedahan dan sebarang komplikasi yang timbul daripadanya.








* Semua maklumat ini adalah pendapat peribadi dan tidak boleh disebarkan tanpa kebenaran daripada saya. Sila dapatkan maklumat rasmi daripada syarikat insurans berkaitan.