Insurans Untuk Syarikat dan Korporat

Insurans Untuk Syarikat dan Korporat


A-SME Platinum-i 


A-SME Plus-i
A-SME Plus-i Group Takaful untuk Syarikat
A-SME Platinum-i adalah satu bentuk Takaful Berkumpulan atau Group Takaful Insurance yang melindungi pekerja dalam sesebuah syarikat atau organisasi serendah 5 orang(tertakluk syarat dan terma).

3 Kelebihan Utama kepada Syarikat untuk mengambil Takaful Berkumpulan dengan AIA Public Takaful:

1- Dapat menjimatkan kos kerana boleh digunakan untuk potongan cukai pendapatan syarikat dan menjaga kebajikan pekerja sekaligus.
2- Mengekalkan prestasi pekerja 
3- Mengekalkan kesetiaan pekerja di dalam sesebuah syarikat kerana kelebihan "kemudahan kesihatan" terjaga.
Untuk sesebuah syarikat atau organisasi menarik, memotivasi dan mengekalkan pekerja yang baik adalah satu cabaran yang besar. Pekerja anda merupakan penggerak di belakang perniagaan anda dan sebagai majikan yang bertanggungjawab, adalah penting bagi anda untuk melabur dalam kesejahteraan mereka. Kemudahan perubatan atau kesihatan staf adalah asas dan jika kemudahan asas pun tak dapat disediakan, pasti staf atau pekerja akan melompat ke syarikat lain dalam masa 1-2 tahun.

Melaburlah di dalam A-SME Platinum-i dan anda boleh memastikan kebajikan pekerja anda akan dijaga degan baik. Pekerja yang bekerja di syarikat anda bukan sahaja bekerja, tapi mereka berasa seperti dilindungi dalam satu keluarga yang lebih besar.

A-SME Platinum-i direka bagi menguruskan pelan faedah pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana terutamanya untuk 5-150 orang pekerja. 

Ia menyediakan perlindungan maksimum untuk keadaan yang tidak dijangka seperti kematian/kehilangan upaya, penyakit kritikal dan kos perubatan yang semakin meningkat. Disamping itu, pihak pengurusan syarikat juga boleh dilindungi dalam pelan yang berasingan dalam pakej yang sama contohnya, Pihak Pengurusan A, Pihak Pengurusan B dan seterusnya. Dengan ini, pihak pengurusan juga akan berasa lebih selesa dan terjamin dan akan terus kekal dalam syarikat walaupun mendapat tawaran gaji lebih besar.

Faedah Asas Perubatan
Kemasukan ke Hospital
Lindungi para pekerja anda dengan menyediakan pelan lengkap kemasukan hospital. Dengan pelan ini, mereka dijamin perlindungan perubatan yang mencukupi di masa ianya diperlukan.
Terdapat 5 pelan yang menarik dengan had-had keseluruhan tahunan dari RM20,000 hingga ke RM200,000. Ia memberikan anda pilihan untuk menyediakan pelan yang paling sesuai dengan pekerja anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk menyediakan perlindungan kemasukan ke hospital untuk tanggungan pekerja.


Faedah Asas Takaful Bertempoh
Kumpulan Faedah Takaful
Faedah Takaful Bertempoh menyediakan perlindungan kewangan kepada pekerja anda sekira berlakunya kematian yang tidak dijangka. Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja di antara 11-150 orang akan diberi Had Tanpa Bukti sebanyak RM200,000 tanpa perlu melengkapkan Borang Perakuan Kesihatan Peribadi (Borang C).
Kehilangan Upaya Kekal Menyeluruh
Sekiranya pekerja kehilangan upaya disebabkan oleh kecederaan atau penyakit, bayaran ganti rugi daripada faedah ini akan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pada masa tersebut.
Kehilangan Upaya Kekal Sebahagian
Ganti rugi akan dibayar mengikut Skala Pampasan seperti yang dinyatakan di bawah Jadual Faedah sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal sebahagian yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.
Penyakit Terminal
Pampasan akan dibayar sekiranya Ahli yang Dilindungi meninggal dunia disebabkan oleh Penyakit Terminal yang dihidapi dalam tempoh masa 12 bulan.
Perbelanjaan Penghantaran Pulang
Meliputi perbelanjaan untuk pengangkutan jenazah balik ke Negara Asal jika kematian berlaku semasa Ahli yang Dilindungi berada di luar Malaysia.


Faedah Pilihan Perubatan
Penjagaan Pesakit Luar (Klinik Panel, GP - General Practitioner)
Rider ini menyediakan 2 pilihan untuk perlindungan perubatan pesakit luar bagi kedua-dua Klinik Panel GP dan Pakar. Dengan menyertai rider ini, pekerja anda (dan tanggungannya, jika ada) akan menerima kemudahan bagi kemasukan ke penjagaan di Klinik Panel yang berkualiti. Berserta dengan pelan kemasukan ke hospital, pekerja anda akan menikmati perlindungan penjagaan kesihatan yang komprehensif.





Faedah Pilihan Takaful Bertempoh Kumpulan
Penyakit Kritikal
Penyakit yang serius boleh menyebabkan kesulitan kewangan. Dengan diagnosis penyakit kritikal, ganti rugi akan dibayar. Ini akan membantu mengurangkan beban kewangan.

Faedah Pilihan Perubatan atau Takaful Bertempoh Kumpulan
Saringan Eksekutif
Sekarang anda mempunyai peluang untuk menyediakan faedah tambahan tahunan kepada pekerja anda. Penyaringan kesihatan ini merupakan langkah pencegahan, menyediakan maklumat perubatan yang munasabah untuk fokus terbaik bagi kesihatan.


Ciri-Ciri
Penjagaan Perubatan tanpa Bayaran Tunai (Klinik Panel GP dan Hospital Panel)
Perlindungan penjagaan perubatan pesakit luar tanpa bayaran tunai kepada Ahli/Tanggungan yang Dilindungi di mana-mana klinik Panel GP kami di seluruh negara. Dengan menunjukkan Kad ID Ahli AIA PUBLIC bersama kad pengenalan, Ahli/Tanggungan yang Dilindungi akan menikmati kemudahan penjagaan pesakit luar.
Semasa kemasukan ke hospital, Ahli/tanggungan yang Dilindungi akan terus menikmati kemudahan tanpa bayaran tunai kerana AIA PUBLIC menyediakan perkhidmatan mengeluarkan Surat Jaminan (SJ) kepada Hospital. Perkhidmatan SJ ini adalah pilihan dan disediakan untuk caruman yang lebih tinggi serta tertakluk kepada terma dan syarat.
Rangkaian Perubatan
Nikmati sokongan perubatan yang meluas daripada rangkaian klinik panel GP kami, yang strategik di seluruh negara. Rangkaian kami yang meluas, menawarkan akses mudah, pelbagai pilihan dan keselesaan. Rangkaian perubatan kami juga merangkumi semua hospital besar di seluruh negara.
Pusat Panggilan 24 Jam
Bagi pelanggan kami yang telah mendaftar dengan Faedah Hospital beserta dengan pilihan Surat Jaminan (SJ), sila hubungi Care Line kami di 1300 88 8933, jika anda memerlukan SJ untuk kemasukan hospital.
Jenis Pelan yang Fleksibel
Pilih pelan perlindungan perubatan dan Takaful Bertempoh yang ditawarkan, pelan yang memenuhi keperluan dan mengikut kemampuan anda.
Pemindahan Perubatan Kecemasan
Meliputi Ahli yang Dilindungi semasa dalam perjalanan ke luar negara. Jika berlaku apa-apa kecederaan serius atau penyakit di luar negara, American International Assistance Service Inc. (AIAS) boleh menguruskan dan membayar untuk Pemindahan Perubatan Kecemasan, yang meliputi pengangkutan, perkhidmatan perubatan dan bekalan perubatan perbelanjaan, ke kemudahan perubatan yang terdekat.





* Setakat ini, Pelan AIA Public Takaful adalah terbaik....Insha Allah...
* Hubungi kami juga jika anda mahu 2nd Opinion untuk memilih yang terbaik untuk syarikat anda. FREE Quotation. Mudah Bincang...




Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA
Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)

Khidmat Rundingan, Boleh hubungi saya= www.wasap.my/60134555888/AIACorporateMedicalCard