Jom Apply Insurans Anda Secara Mudah Online Sahaja! Whatsapp FairuzRamli 0134555888

Sebelum memulakan bicara, saya perkenalkan diri saya. Nama saya Fairuz Ramli. Saya merupakan Konsultan Profesional AIA Public Takaful. Saya personally dapati pakej dan kelebihan AIA Public Takaful adalah yang terbaik ketika ini. Jika anda buat research dan perbandingan, pasti banyak kelebihan di AIA Public Takaful. Saya tidak menjual insurans, saya konsultan anda. Apa tugas konsultan? Saya analisis risiko keperluan insurans anda dan saya cadangkan pelan yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda.
Salam perkenalan, dan selamat membaca :)

Medical Card AIA Public Takaful Malaysia Khas Untuk Wanita Sahaja (A-Plus VenusExtra-i)

Medical Card AIA Public Takaful Malaysia Khas Untuk Wanita Sahaja A Plus VenusExtra-i

A-Plus VenusExtra-i

A Plus Venus Extra AIA Public Takaful Malaysia
A Plus Venus Extra AIA Public Takaful Malaysia


Sebagaimana semua umum maklum, penyakit berkaitan dengan kehamilan, mengandung dan bersalin tidak dilindungi oleh Medical Card dari mana-mana syarikat insurans pun. Kenapa pulak? Ini disebabkan sifat ketidaktentuan kesan kehamilan, mengandung dan bersalin ke atas individu. Ya memang tidak dapat dijangka langsung!

Namun, berita baiknya, pihak AIA telah melancarkan satu pelan  Medical Card Individu yang khusus untuk wanita. Bukan sahaja melindungi perkara-perkara berkaitan komplikasi mengandung, Cyst, Kanser kanser berkaitan wanita, peranakan, dan banyak lagi yang berkaitan dengan wanita.

Sebelum kita teruskan, saya jelaskan dahulu tentang pelan A-Plus VenusExtra-i adalah SEJENIS PERLINDUNGAN JENIS PAMPASAN. Anda diberi pampasan bentuk CASH dan bukannya tanggungan bil dan rawatan ye. 

A-Plus VenusExtra-i adalah satu Pelan perlindungan khas untuk wanita yang komprehensif.


Insurans Untuk Ibu Mengandung

Produk ini memberikan perlindungan ‘extra’daripada penyakit – penyakit dan kompilasi berkaitan wanita. Ia memberikan perlindungan terhadap sebarang kanser organ wanita termasuk juga penyakit – penyakit lain , rawatan-rawatan dan komplikasi-komplikasi yang berkaitan dengan wanita.Antaranya:-

1. Faedah Penyakit Wanita:

i. Kanser Organ Wanita ( Payu Dara, Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopian, Vulva/Vagina atau Ovari) anda dibayar pampasan 200%.
ii. HIV yang disebabkan oleh Transfusi Darah.
iii. Kansinoma In-Situ atau CIS ( Payu Dara, Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopian, Vulva/Vagina atau Ovari) anda dibayar pampasan 100% atau RM50K yang mana lebih rendah.
iv. Systemic Lupus Erythematosus(S.L.E) dengan Lupus Nephritis. anda dibayar 20% jika berlaku selepas 30 hari tempoh menunggu dan 100% jika berlaku selepas 90 hari tempoh menunggu.

2. Faedah Rawatan:

Faedah i hingga viii adalah 30% atau RM25K yang mana lebih rendah.
i. Artritis Reumatoid Teruk
ii. Keretakan Osteoporotik – Pinggul atau Vertebra
iii. Faedah Pemindahan Kulit akibat Melecur atau Kenser Kulit.
iv. Pembedahan Pembentukan semula wajah akibat kemalangan,
v. Kehilangan Organ Pembiakan Wanita akibat Kanser (Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopian,Vulva/Virgina dan Ovari).
vi. Kehilangan Organ Pembiakan Wanita akibat Kemalangan (Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopian,Vulva/Virgina dan Ovari).
vii. Faedah Mastektomi (disebabkan Kanser Payu Dara)
viii. Pembedahan Pembentukan Semula Payu Dara (disebabkan Kanser Payu Dara)
ix. Lumpektomi Payu Dara(disebabkan Kanser Payu Dara). Anda dibayar 15% atau RM15K yang mana lebih rendah.

3. Faedah Kesejahteraan Mental (Psikoterapi untuk kematian pasangan yang sah atau anak yang sah)
i.  Faedah wang tunai belas ehsan akibat ragut 0.3% atau RM300 yang mana lebih rendah. Pastikan laporan polis dibuat dalam masa 24 jam ya.
 Faedah ii hingga iv anda dibayar 2% atau RM2K yang mana lebih rendah.
ii. Faedah Terapi Penggantian Hormon untuk Putus Haid.
iii. Faedah tanggung rugi hilang upaya sementara akibat hilang upaya sementara >= 14 hari akibat kemalangan yang disahkan doktor.
iv. Faedah Psikoterapi bagi kehilangan  pasangan atau anak yang sah.

4. Faedah-Faedah Bersalin

Anda dibayar 25% atau RM25K yang mana lebih rendah
i. Kompilasi Kehamilan
a. Koagulasi Intravaskular Tersebar
b. Kehamilan Ektopik.
c. Kehamilan Molar/Anggur
d. Eklampsia

Anda dibayar 25% atau RM25K yang mana lebih rendah
ii. Sumbangan Kematian
a. Kematian fetus melebihi 195 hari gestasi atau kematian anak sehingga 30 hari dari kelahiran.

Anda dibayar 25% atau RM25K yang mana lebih rendah
iii. Faedah Anomali Kongenital
a. Sindrom Down
b. Spina Bifida
c. Tetralogi Fallot
d. Sumbing Lelangit
e. Kecacatan Septum Ventricular
f. Septum Atrium Berlubang
g. Ductus Arteriosus Terbuka
h. Kembar Siam

Dan banyak lagi yang best-best….

Kita Cerita pulak syarat penting sebelum anda mohon A-Plus VenusExtra-i ni:

1- Hanya mohon sebelum anda mengandung ye. Sedang mengandung tak cover. Pampasan Faedah Bersalin termasuk komplikasi kehamilan hanay di cover selepas SATU TAHUN dari tarikh polisi insurans dan A-Plus VenusExtra-i anda bermula. Ya setahun, maknanya jika anda sedang mengandung ketika mengambil pelan ini, ianya hanya akan cover anak yang berikutnya. Kalau anda fikir buat apa nak ambil kalau tak cover, fikirkan tentang anak anda yang akan datang, kalau tangguh, mau setahun anda kena tunggu!

2-  Pelan A-Plus VenusExtra-i ini hanyalah sehingga umur 70 Tahun sahaja! Manakala Faedah Bersalin hanyalah sehingga umur 45 Tahun!

3- Faedah Kanser Organ Wanita, Waiting Period adalah 60 hari.

4- Faedah Carcinoma In-Situ (CIS), waiting period adalah 120 hari.

5- Faedah Systemic Lupus Erythematosus (S.L.E) with Lupus Nephritis, waiting period 30 hari

6- Rawatan kulit akan terbakar, kehilangan organ wanita akibat kemalangan dan penstrukturan semula wajah akibat kemalangan, waiting period 60 hari.

7- Faedah Bersalin, waiting period 1 Tahun.

8- Faedah Terapi Penggantian Hormon akibat Monopous, waiting period 1 Tahun.

9- Tak cover kalau kena AIDS, HIV, salah guna alkohol dan dadah, mendapat rawatan IVF atau IUI.

* Paling PENTING = Semua dalam VenusExtra-i ni adalah dalam bentuk "Pay and Claim"....tak dapat macam Medical Card AIA yang FREE ADMISSION....tapi janji boleh claim...terbaikkk...

Download brosur untuk lebih lanjut <SINI>

* Tips PENTING = Apply sebelum disahkan kena sebarang penyakit di atas. Jika telah disahkan ada sebarang penyakit di atas, Medical Card takkan cover penyakit tersebut.

hubungi saya SEGERA Whatsapp SMS Call 0134 555 888



·                     Award untuk AIA Public Takaful
·                     Kenapa Perlu Ada Medical Card Takaful ?
·                     Medical Card AIA Public Takaful Malaysia - Khas Untuk Wanita Sahaja
·                     Medical Card AIA Public Takaful Malaysia - Untuk Keluarga
·                     Medical Card AIA Public Takaful Malaysia - Untuk Saving Plan
·                     Medical Card Terbaik Malaysia untuk Individu Keluarga dan Pelaburan
·                     Pelan Early Critical Illness ( ECI ) AIA Public Takaful
·                     Rider Kemalangan Diri atau PA AIA Public Takaful
·                     Tips Pilih Medical Card Takaful
·                     What is AIA Public Takaful ?


Link Pelaburan Lain Jika Anda Berminat:
        
ü          Pelaburan ASB Terbaik
ü          Pelaburan Unit Trust Terbaik

Copyright © Insurans AIA Public Takaful dan Medical Card Keluarga Murah Designed by azhafizah.com