Faktor Pemilihan Takaful Medical Card atau Kad Perubatan Terbaik Untuk Keluarga dan Diri Sendiri

6 Faktor Pemilihan Takaful Medical Card atau Kad Perubatan Terbaik Untuk Keluarga dan Diri Sendiri

 
medical card takaful kad perubatan takaful malaysia
faktor pemilihan medical card takaful kad perubatan takaful malaysia

1) Had Tahunan Yang Cukup



Had tahunan merupakan satu jumlah yang tidak ditekankan atau kurang ditekankan semasa promosi pakej insuran medical card. Ini kerana biasanya jumlahnya kecil sahaja dan bukan berjuta-juta. Jadi biasa ejen tidak sebut atau sengaja tidak sebut.

Penting untuk kita ketahui bahawa jika berlaku apa-apa semasa kita mempunyai medical card yang aktif, had ini menentukan berapa lama bil kita akan bertahan pada tahun tersebut. Contohnya, had tahunan kita cuma RM100,000. Jika sakit pada bulan Januari dan bil kita RM30K, bulan Februari RM30K lagi dan seterusnya Mac RM30K lagi. Hati-hati kerana baki medical card kita cuma tinggal RM10K sahaja boleh digunakan pada tahun tersebut!

Jika pada bulan April masih lagi masuk wad dan bil RM30K juga, kita terpaksa tanggung sendiri baki RM20K. Adusss...rasa rugi pula ada medical card bayar tiap-tiap bulan tapi kena bayar duit sendiri.

Sila AMBIL PERHATIAN tentang HAD TAHUNAN ini.

 

2) Had Seumur Hidup Yang Besar

Had seumur hidup ni pun penting. Kalau ambil had tahunan RM100,000, tapi had seumur hidup cuma RM300,000, seolah-olah kad tu boleh pakai cuma 3 tahun kalau kita kena musibah. Dalam banyak-banyak takaful, yang paling menarik perhatian saya ialah Medical Card (stand-alone) AIA Takaful yang tiada had seumur hidup! Berbeza dengan medical card takaful lain yang boleh dikatakan semuanya ada had seumur hidup.

Yang mana penting, had tahunan atau had seumur hidup? Bagi saya, pertama sekali ialah had tahunan. Dan yang keduanya had seumur hidup.

Jangan keliru, ejen suka sangat sebut angka yang besar-besar. Contohnya medical card ni cover RM500,000. Biasanya, itu had seumur hidup. Kalau had tahunan cuma RM60,000 jer, kalau kita jatuh sakit, bila habis had tu, kita terpaksa keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM440,000!

Dan saya pernah ada kenalan yang terpaksa diberhentikan rawatan di hospital swasta sebab had tahunan dah habis! Jadi kena faham perkara ni kalau ambil Medical Card.

 

3) Harga Wad Tahan Inflasi

Bagi saya, ambil harga wad single SEKARANG ini bukan soal luxury, tapi kita nak medical card kita bertahan lama. Kalau sekarang ni RM250 tu boleh dapat wad bilik single, cuba bayangkan 10 tahun atau 20 tahun akan datang, agak-agak bilik wad macam mana yang kita boleh duduk dengan harga RM250?!

Saya rasa kalau bernasib baik, 20 tahun akan datang harga tu cuma boleh duduk wad 4 katil jer. Silap-silap wad 4 katil pun masa tu harganya RM400 sehari. Kita kena top-up lagi RM150 sehari.
Cuba bayangkan siapa ambil medical card yang harga wad cuma RM150. Saya rasa 10 tahun akan datang, kad tu tak cukup untuk cover harga wad hospital-hospital di Lembah Klang. Nanti rugi jer bayar takaful.

* Terkini 2015..harga bilik-bilik wad naik lagi...yang RM100 dah tak dapat dah!

 

4) Harga Wad Sesuai Dengan Tempat

Harga wad yang kita pilih, mesti ‘match’ dengan kadar harga wad hospital area kita tinggal. Kalau ambil harga wad murah, kita cuma boleh masuk hospital-hospital yang lebih murah dan kualiti perubatan juga lebih rendah.

Saya perhati, kalau duduk di Lembah Klang ni, harga wad RM250 sehari tu kira ok.
Kalau ambil harga wad cuma RM150, sedangkan harga wad sebenar RM250, maka kita kena bayar sendiri extra RM100 sehari. Kalau masuk wad 10 hari, maka kita kena keluarkan duit sendiri RM1,000!

Kalau cek harga bilik wad hospital KPJ (rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia), RM250 tu boleh dapat bilik single yang biasa, bukan premium. Persoalannya, perlu ke ambil bilik single? Meh renungkan point saya seterusnya.

6) Harga Caruman Paling Sesuai

Kesilapan ramai orang ambil takaful ialah dia fikir berapa caruman yang dia mampu bayar. Samada polisi yang dia ambil tu cukup cover atau tak, dia tak pernah ambil tahu. Yang dia tahu, dia dah cover RM500,000! Apa yang ada dalam RM500,000? Cover kemalangan diri? Cover sakit kritikal? Cover masuk wad hospital? Ataupun cover kematian dan kecacatan kekal? Itu semua jenis cover berlainan, dan harganya juga berlainan.

Jadi kalau sahabat ada polisi takaful, pergi buka balik polisi tu. Baca dan faham apa yang dia cover. Lepas tu nilai balik, kalau berlaku musibah, adakah polisi tu menyesaikan masalah sebenar atau pun tidak. Kalau tak selesai masalah sebenar, kira balik jenis cover apa yang anda perlu, dan berapa jumlah sebenar yang anda perlu. Lepas tu baru panggil ejen takaful untuk bagi quotion. Bukan sebaliknya.

6) Ada Investment atau Stand Alone

Dan yang terakhir, memilih sama ada ingin memilih insurans takaful medical card yang mempunyai investment link atau tidak. Perlu difahami, pelaburan atau investment ini adalah berjenis jangka panjang sehingga 20 tahun barulah nampak keuntungan. 

Jika anda mementingkan keuntungan, sila buang pakej investment supaya bayaran bulanan lebih rendah dan anda boleh peruntukkan sedikit bajet tadi ke arah pelaburan lain yang pasti lebih nyata dan jelas tahap keuntungannya.

TAPI...anda perlu faham kenapa anda MASIH PERLU PILIH yang ada investment link!

1- Anda manfaat yang tak nampak contoh; apabila anda mengalami kesusahan kewangan dan tak mampu bayar bulanan insurans anda biasanya Insurans akan lapse dalam masa 45 hari tanpa bayaran. Tetapi untuk orang yang ada investment link, tempoh ini lebih lama kerana insurans akan menggunakan dulu dana dalam investment link sebagai bayaran bulanan. Jika anda pilih investment link AIA Public Takaful, dananya memang power dan hasilkan banyak keuntungan. Save la sikit kesusahan kita tu :)

2- Untuk tempoh jangka panjang...20-30 Tahun, anda akan dapati jumlah investment adalah sangat tinggi dan hampir anda rasa macam tak bayar apa-apa sepanjang tempoh tu. Rasa lega dan dapat duit investment. Pilihlah AIA Public Takaful dalam dana-dana equity yang agresif sebab saya perhatikan kadar keuntungannya sangat tinggi. Mantap betul.

Investment link ni sebenarnya syarikat insurans laburkan duit kita dalam Unit Trust. Unit Trust ni ada untung, ada yang rugi. Jadi sebelum pilih pilihan investment, pastikan kita tau Dana apa yang investment link kita tu laburkan. Buat masa sekarang Dana Islamic daripada AIA adalah yang terbaik dan menguntungkan. Boleh buka sini untuk tahu tahap performance keuntungan dana-dana unit trust <SINI>


Wallahu a’lam.


Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA
 
Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)

Sila whatsapp saya untuk mohon quotation percuma. Saya bantu anda, jom....Plan now!

6 Info diperlukan:

Nama Penuh
Tarikh Lahir
Nama Penuh Jawatan Pekerjaan
Taraf Merokok ya/tidak
Taraf Kesihatan Sekarang
Bajet sebulan

Contoh:
Ali bin Ahmad
11/03/1980
Technician Aircond  <-- jangan technician sahaja.Pastikan nama penuh
Tidak
Sihat
RM300

whatsapp ke = www.wasap.my/60134555888/QuotationMedicalCard


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.

·                     Award untuk AIA Public Takaful
·                     Kenapa Perlu Ada Medical Card Takaful ?
·                     Medical Card AIA Public Takaful Malaysia - Khas Untuk Wanita Sahaja
·                     Medical Card AIA Public Takaful Malaysia - Untuk Keluarga
·                     Medical Card AIA Public Takaful Malaysia - Untuk Saving Plan
·                     Medical Card Terbaik Malaysia untuk Individu Keluarga dan Pelaburan
·                     Pelan Early Critical Illness ( ECI ) AIA Public Takaful
·                     Rider Kemalangan Diri atau PA AIA Public Takaful
·                     Tips Pilih Medical Card Takaful
·                     What is AIA Public Takaful ?


Link Pelaburan Lain Jika Anda Berminat:
        
ü          Pelaburan ASB Terbaik
ü          Pelaburan Unit Trust Terbaik