Jom Apply Insurans Takaful Anda Secara Mudah:Online Sahaja! Apply SEGERA! Saya Bantu Anda..

Sebelum memulakan bicara, saya perkenalkan diri saya. Nama saya Fairuz Ramli. Saya merupakan Konsultan Profesional AIA Public Takaful. Saya personally dapati pakej dan kelebihan AIA Public Takaful adalah yang terbaik ketika ini. Jika anda buat research dan perbandingan, pasti banyak kelebihan di AIA Public Takaful. Saya tidak menjual insurans, saya konsultan anda. Apa tugas konsultan? Saya analisis risiko keperluan insurans anda dan saya cadangkan pelan yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda.
Salam perkenalan, dan selamat membaca :)

A-Life Kasih Famili

A-Life Kasih Famili

A-Life Kasih Famili

A-Life Kasih Famili
A-Life Kasih Famili


Wow ini adalah berita baik bagi mereka yang belum ada pelan Hibah Takaful, kerana masih mencari pelan yang murah dan mampu milik.

Anda tidak perlu lagi terbeban dengan bulanan yang mahal kerana jumlah pampasan minimum yang tinggi sehingga RM300K, RM500K dan juta. Kadang-kadang, anda hanya perlu serendah RM50K (maksudnya bulanan pun rendah lah).

Lebih baik ada pelan hibah takaful RM50K dengan bulanan RM40++ berbanding pelan takaful RM300K dengan bulanan RM100++  yang anda tak mampu nak bayar kan?

Janji ada pelan hibah takaful, daripada tak buat kerana tak mampu bulanan yang mahal akibat jumlah pampasan yang tinggi (tidak semua orang mampu kan?)

Ini juga adalah berita baik untuk mereka yang telah mengambil pelan medical card murah A-Life Medik Famili.

Pelan A-Life Kasih Famili ini boleh menjadi add on Fungsi Pampasan Nyawa Diri, Pampasan Nyawa Pasangan Isteri atau Pampasan Penyakit Kritikal ke atas pelan medical card sedia ada.


AIA ALife Kasih Famili Hibah Takaful
AIA ALife Kasih Famili Hibah Takaful

Tahukah anda bahawa pelan Hibah Takaful di luar sana selalunya bermula RM100 bulanan.

Kini anda boleh berjimat dengan A-Life Kasih Famili...harga kasih sayang serendah RM36 bulanan...terbaik!!!

 

Kenapa SETIAP KELUARGA perlu ambil Hibah Takaful melalui A-Life Kasih Famili?

- Peninggalan untuk waris teruskan kehidupan. Mereka juga perlu makan, minum, belanja sekolah anak-anak, bayar bil dan macam-macam lagi.
- Cepat dicairkan (seawal 5 hari) berbanding harta pusaka yang perlu melalui perbicaraan dan faraid. Yang pernah lalui akan faham kerumitan ini. Duit bank pun akan dibekukan!
- Warisan untuk isteri dan anak-anak, dengan komitmen serendah RM36 sebulan untuk hibah RM50K. Murah kan?

Situasi semakin MENDESAK apabila:

- Isteri anda SURIRUMAH dan tidak bekerja
- Anda tidak ada banyak tunai dalam akaun bank
- Anda tiada sumber pendapatan lain untuk diwariskan kepada isteri dan anak-anak

Tanggungjawab anda adalah merancang Tabung Kecemasan untuk Keluarga anda!


Kelebihan A-Life Kasih Famili:


1) Pelan Hibah untuk individu yang sangat murah
2) Pelan Hibah bermula minimum RM50K individu dan minimum RM30K untuk pasangan isteri.
3) Pelan Hibah untuk pasangan sekaligus dalam satu pelan tanpa ambil pelan berbeza (A-Plus ProtectSpouse-i). Dalam market belum ada pelan hibah takaful suami isteri sekaligus macam ni. Terbaik ni!
4) Ada pilihan rider A-Plus CriticalCare-i (APCCi) untuk cover jika didiagnos penyakit kritikal.
5) Ada pilihan rider A-Plus Waiver-i (APWi) untuk cover, pengecualian caruman jika didiagnos penyakit kritikal.


Pelan Hibah Takaful A-Life Kasih Famili
Pelan Hibah Takaful A-Life Kasih Famili

Contoh pelan individu dan hibah:

Suami mengambil pelan medical card individu A-Life Medik Famili RM100 sebulan.

Atas kesedaran kepentingan hibah dalam A-Life Kasih Famili (RM50K untuk kematian dan TPD dan RM100K jika berlaku kematian akibat kemalangan), maka suami mengambil perlindungan tambahan pelan A-Life Kasih Famili sebanyak RM40 sebulan

Kos bulanan bagi suami untuk memiliki pelan medical card (RM100 sebulan) dan hibah (RM40 sebulan) = RM140 sebulan

* Pelan hibah takaful individu untuk suami, hanya RM40 sebulan
* Nak ambil pelan hibah takaful (A-Life Kasih Famili) sahaja pun boleh...

Pelan Hibah Takaful A-Life Kasih Famili A-Plus ProtectSpouse-i
Pelan Hibah Takaful A-Life Kasih Famili A-Plus ProtectSpouse-i

Contoh jika pelan medical card pasangan A-Life Medik Famili, tambah hibah untuk pasangan isteri A-Plus ProtectSpouse-i 

Atas kesedaran kepentingan hibah takaful ke atas isteri, maka Suami telah ambil perlindungan hibah untuk isteri A-Life Kasih Famili (RM50K untuk kematian dan TPD dan RM100K jika berlaku kematian akibat kemalangan) melalui A-Plus ProtectSpouse-i. Ini adalah hibah tambahan ke atas hibah sedia ada suami RM50K untuk kematian dan TPD dan RM100K jika berlaku kematian akibat kemalangan.

Kedua-dua suami dan isteri ada hibah dalam satu polisi!

Suami coverage RM50K dan isteri coverage RM50K...

Kos bulanan untuk suami dan isteri, memiliki pelan medical card (RM185 sebulan) dan hibah (suami dan isteri sekaligus RM70 sebulan) = RM255

* Pelan hibah takaful pasangan suami isteri baru RM70 sebulan
* Nak ambil pelan hibah takaful (A-Life Kasih Famili) sahaja pun boleh...

A Life Kasih Famili
A Life Kasih Famili


Kepentingan Hibah dan perbandingan Wasiat dan Faraid Harta Pusaka


Tahukah anda, hibah di dalam pelan takaful tertakluk di bawah Akta Kewangan Islam 2013 dimana, waris yang dinamakan dalam polisi akan mendapat hibah takaful tersebut. Dengan ini, proses pemberian hibah tersebut akan menjadi mudah dan lebih cepat (seawal 5 hari). Proses mendapatkan hibah takaful juga tiada sebarang yuran dikenakan.

Bagi harta-harta pusaka yang lain, ia jatuh ke dalam enakmen undang-undang syariah negeri. Anda perlu bicara setiap harta pusaka untuk pembahagian. Perlu diingat juga, terdapat kos dan yuran pentadbir terlibat dalam proses pengurusan pusaka ini di Pejabat guaman, pejabat tanah, pejabat tanah daerah, mahkamah syariah dan mahkamah tinggi.

Harta dalam hibah takaful tidak perlu perbicaraan. Ia terus diberi kepada penama hibah seperti tertulis dalam polisi takaful. Ini mempercepatkan proses penerimaan hibah dan penting untuk kelangsungan hidup keluarga dan waris anda.

Perhatian untuk pelan A-Plus Kasih Famili

Info Umum A-Plus Kasih Famili:

- tempoh perlindungan sehingga 70 tahun
- umur permohonan bermula 16 tahun bagi peserta
- umur permohonan bermula 16 tahun hingga 60 tahun untuk orang dilindungi
- perlindungan hibah (pampasan nyawa) maksimum RM500K sahaja

Tempoh menunggu A-Plus CriticalCare-i (APCCi):

• 60 hari bagi Penyakit Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Penyakit Arteri Koronari Serius Yang Lain, Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Koronari
Arteri.
• 30 hari untuk lain-lain penyakit kritikal
• Jumlah dilindungi rider dan nilai akaun Dana Peserta akan dibayar
sekaligus apabila didiagnosis
• Bagi Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari:
bayaran akan dihadkan kepada 10% Jumlah Dilindungi APCC tertakluk
kepada RM25,000 maksimum (Jumlah Dilindungi APCC akan dikurangkan
dengan amaun jumlah dilindungi yang dibayar)
• Sijil akan ditamatkan apabila 100% jumlah dilindungi rider telah dibayar

Tempoh menunggu A-Plus Waiver-i (APWi):

• 60 hari bagi Penyakit Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Penyakit Arteri Koronari Serius Yang Lain
• 30 hari untuk lain-lain penyakit kritikal


Pengecualian dalam A-Plus Kasih Famili

 

Jika kematian akibat:

- Bunuh diri dalam tempoh satu (1) tahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan atau Tarikh Mula, mana-mana
yang lebih kemudian

Kemalangan akibat:

• Serangan atau pembunuhan; atau
• Rusuhan dan keganasan awam, tindakan perindustrian atau kegiatan pengganas; atau
• Pendedahan kepada bahaya secara sengaja atau cubaan pemusnahan diri atau kecederaan diri
semasa siuman ataupun tidak siuman; atau
• Peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, atau revolusi; atau
• Perkhidmatan dalam sebarang angkatan bersenjata semasa peperangan diisytiharkan atau tidak
diisytiharkan atau semasa menjalani perintah untuk operasi yang menyerupai peperangan atau
pemulihan ketenteraman awam; atau
• Perlanggaran atau cubaan melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan; atau
• Terlibat dalam sebarang pergaduhan atau perkelahian; atau
• Kemalangan yang berlaku ketika atau kerana Orang Dilindungi dipengaruhi oleh alkohol, sebarang
dadah yang bukan dipreskipsikan atau dadah haram.

 

TPD akibat:

• Pendedahan sengaja terhadap bahaya atau percubaan untuk pembinasaan diri atau kecederaan
diri yang disengajakan semasa siuman atau tidak siuman; atau
• Perkhidmatan dalam angkatan tentera dalam masa diisytiharkan atau tidak diisytiharkan perang
atau semasa di bawah arahan operasi seakan peperangan atau pemulihan ketenteraman awam;
atau
• Aktiviti yang berkaitan dengan sebarang peralatan atau kenderaan udara kecuali sebagai
penumpang berbayar atau pekerja dalam syarikat penerbangan komersil yang berada dalam
perjalanan penumpang yang berjadual dan biasa melalui laluan penumpang yang telah
ditetapkan; atau
• Sebarang kecacatan kongenital yang telah wujud dan didiagnoskan sebelum umur 17 tahun; atau
• Hilang Upaya sedia ada akibat dari keadaan fizikal atau mental

Penyakit Kritikal akibat:

• Keadaan sedia ada sebelum Tarikh Sijil Dikeluarkan atau Tarikh Mula, mana-mana yang
lebih kemudian; atau
• Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Koronari Arteri, Penyakit Koronari Arteri
yang serius dan Angioplasti dan Rawatan Invasif yang lain untuk Penyakit Koronari Arteri,
di mana tanda-tanda atau simptomnya bermula dalam tempoh 60 hari selepas Tarikh Sijil
Dikeluarkan atau Tarikh Mula, mana-mana yang lebih kemudian; atau
• Semua Penyakit Kritikal di mana tanda-tanda dan simptomnya bermula dalam tempoh 30
hari selepas Tarikh Sijil Dikeluarkan atau Tarikh Mula, mana-mana yang lebih kemudian;
atau
• Penyakit Kritikal yang didiagnoskan secara langsung atau secara tidak langsung disebabkan
oleh kecacatan atau penyakit kongenital yang telah wujud atau telah didiagnoskan sebelum
umur 17 tahun; atau
• Diagnosis Fulminant Viral Hepatitis, Kanser, Ensefalitis, Meningitis Bakteria, Penyakit
Alzheimer / Demensia Parah atau Penyakit Terminal yang disebabkan oleh Sindrom
Imunodifisiensi yang Diperolehi (AIDS) atau jangkitan oleh sebarang Virus Imunodifisiensi
Manusia (HIV)


Anggaran Bayaran Tahunan A-Life Kasih Famili RM50K (Normal dan tidak merokok)


Harga Pelan Individu Lelaki A-Life Kasih Famili
Harga Pelan Individu Lelaki A-Life Kasih Famili


* Harga caruman setahun A-Life Kasih Famili RM50K

Harga Pelan Individu Wanita A-Life Kasih Famili
Harga Pelan Individu Wanita A-Life Kasih Famili
* Harga caruman setahun A-Life Kasih Famili RM50K

Harga Pelan Pasangan Hibah Takaful A-Life Kasih Famili
Harga Pelan Pasangan Hibah Takaful A-Life Kasih Famili
* Harga caruman setahun A-Life Kasih Famili untuk pasangan suami isteri (suami RM50K + isteri RM50K)
* Contoh suami 30 tahun, isteri 25 tahun, maka = caruman tahunan RM753 (baru anggaran RM63 sebulan untuk hibah takaful dua orang pasangan suami isteri). Murah kan?

 

 

 

Kesimpulan A-Life Kasih Famili


1) Pelan Hibah Takaful paling murah
2) Lebih jimat jika ambil A-Plus ProtectSpouse-i untuk lebih protection (tambah isteri untuk ada hibah serendah RM30K). Tak perlu lah ambil banyak polisi setiap orang, yang mana setiap polisi harga beratus-ratus.
3) Serendah RM50K yang mana bermaksud paling murah kan? Bila ada duit, anda boleh upgrade dari masa ke semasa dalam gandaan RM1000. Tak perlu sampai puluh ribu. Jimat kan pelan ni? Ia memahami keperluan kewangan anda!
4) Untuk tambah hibah takaful isteri (A-Plus ProtechSpouse-i) serendah coverage RM30K. MLagi murah kan?
5) Anda boleh tambah secara optional jika ada keperluan, coverage pampasan penyakit kritikal melalui rider A-Plus CriticalCare-i. Pun tak mahal mana...best kan?

Video Ringkasan A-Life Kasih Famili:

 



Jika bajet anda dah ok, saya sangat sarankan anda ambil pelan A-Life Kasih Famili ini sebagai pelan Hibah Takaful untuk keluarga anda. Ia jimat dan mampu milik! Sangat recommended bro! 

Lebih baik ada daripada tiada langsung Hibah Takaful

Download Brochure A-Life Kasih Famili <SINI>


Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA

 


Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)



AIA Public Takaful

AIA Public Takaful

AIA Public Takaful


AIA Public Takaful
AIA Public Takaful

Anda pernah dengar tentang AIA Public Takaful? Siapa AIA Public Takaful ni?
AIA Public Takaful adalah satu operator takaful yang dimiliki secara bersama oleh AIA Co. Ltd. (AIA), Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad.

Permulaan asas AIA Public Takaful ditubuhkan pada 11 Mac 2011 untuk masuk ke dalam segmen takaful famili dan pasaran takaful di Malaysia.

Pada awalnya, AIA Public Takaful berasal daripada lesen dua operator takaful lama iaitu ING Public Takaful Ehsan and AIA AFG Takaful. 

ING Public Takaful Ehsan adalah usaha sama  antara ING Group dan Public Bank pada 2012 sebelum pihak AIA membeli semua kepentingan ING Group dalam ING Public Takaful Ehsan.

Kesemua syarikat-syarikat terlibat telah bergabung secara penuh untuk menubuhkan entiti penuh AIA Public Takaful secara rasmi pada 2014.


Rujukan AIA Public Takaful:




AIA

AIA ketika ini berpusat operasi di Hong Kong. AIA Group Limited atau lebih dikenali sebagai AIA adalah antara syarikat insurans terbesar di Asia. AIA terlibat dalam bidang insurans, kewangan, pengurusan persaraan, dan servis berkaitan pelaburan.

Asal usulnya AIA adalah daripada anak syarikat American International Group (AIG). Selepas itu AIG menjual semua bahagian sahamnya kepada AIA dan kemudian AIA membeli pula ING Group Malaysia. Ini menjadikan AIA sebuah syarikat insurans yang besar seperti sekarang.




Ibupejabat AIA Public Takaful

Menara AIA Jalan Ampang
Menara AIA Jalan Ampang



AIA Public Takaful
99 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Telefon 1 300 88 8922
Fax +603 2056 3690

Rujukan Bank Negara <SINI>


Anugerah berkaitan AIA Public Takaful

Anugerah KLIFF AIA Public Takaful 2014
Anugerah KLIFF AIA Public Takaful 2014
Most Outstanding Takaful Product
(A-Life Med Regular-i)
KLIFF Islamic Finance Awards 2014
















Anugerah KLIFF AIA Public Takaful 2015
Anugerah KLIFF AIA Public Takaful 2015

Most Outstanding Takaful Product
(A-LifeLink-i)
KLIFF Islamic Finance Awards 2015

















Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA
 
Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)


Medical Card Terbaik

Medical Card Terbaik

Medical Card Terbaik

Medical Card Terbaik
Medical Card Terbaik


Ada ke medical terbaik? Soalan ni subjektif sebab semua ejen insurans akan berebut kata medical card mereka adalah yang terbaik dalam pasaran.

Istilah medical card terbaik ini sangat subjektif kerana medical card adalah bersifat custom, di mana jika anda salah custom, ia tidak sesuai atau kurang coverage. Jika terlebih custom pula, harga mahal dan anda mengambil pelan yang terlebih coverage yang anda sebenar benarnya tak perlukan pun.

Ketika ini terdapat beberapa medical card terbaik dalam pasaran yang patuh syariah iaitu:
AIA Medical Card Terbaik
AIA Medical Card Terbaik

1) AIA Public Takaful
Great Eastern Medical Card Terbaik
Great Eastern Medical Card Terbaik

2) Great Eastern Takaful
Zurich Medical Card Terbaik
Zurich Medical Card Terbaik

3) Zurich Takaful
AmmetLife Medical Card Terbaik
AmmetLife Medical Card Terbaik

4) AmmetLife Takaful

Prudential Medical Card Terbaik
Prudential Medical Card Terbaik
5) Prudential Takaful


Untuk mendapatkan Medical Card Terbaik, anda perlu pertimbangkan perkara di bawah:

Annual Limit Medical Card Terbaik
Annual Limit Medical Card Terbaik

1) Had Tahunan
- Pastikan anda mendapatkan had tahunan yang secukupnya. Apakah had tahunan? Had tahunan adalah had maksimum bil rawatan apabila menggunakan medical card samada dalam bentuk kos rawatan dan juga total claim. 
- Pada pendapat saya, jika had tahunan anda di bawah RM100K, bermaksud had tersebut tidak mencukupi dan under covered.
had keseluruhan medical card terbaik
had keseluruhan medical card terbaik

2) Had Keseluruhan
- Had keseluruhan adalah satu perkara yang ejen insuran jarang sebut kerana beranggapan bahawa jumlah yang besar, tidak akan habis dibelanjakan. Ini adalah pendapat yang salah. Setiap orang yang baru hendak ambil medical card, pastikan Had Keseluruhan menjadi fokus utama anda!

Pertimbangkan situasi ini:

Medical Card Terbaik A
Had Tahunan RM100k dan Had Keseluruhan Unlimited

Medical Card Terbaik B
Had Tahunan RM100K dan Had Keseluruhan RM600K

Medical Card Terbaik C

Had Tahunan Unlimited dan Had Keseluruhan RM1 juta

- Lebih baik pilih A kerana kita nak pakai medical card ni lama especially jika telah mendapat penyakit kritikal.

- Jika anda dimaklumkan had keseluruhan medical card  anda adalah RM300K atau RM600K atau RM1 juta, ini bermaksud sangat rendah. Had keseluruhan terbaik adalah jika medical card anda mempunyai had tahunan tanpa had! 
co takaful medical card terbaik
co takaful medical card terbaik

3) Co Takaful atau Tanpa Co Takaful
- Co Takaful bermaksud anda perlu berkongsi bil rawatan dengan pihak syarikat insurans. Anda tanggung 10% manakala pihak insurans cover 90%. Walaubagaimanapun ada syarikat insurans yang menetapkan caj Co Takaful maksimum adalah RM300 per kes.
- Pada pendapat saya, ambil pelan yang Tanpa Co Takaful kalau tak nak sakit kepala hehe. Nanti time time sesak, masa tu nak kena bayar RM300 atau 10%, tengah tengah malam dan time sakit pulak tu....adusss....so elakkan sebelum terkena ye.
guranteed renewal medical card terbaik
guranteed renewal medical card terbaik

4) Guaranteed Renewal atau Annual Renewal
- Ada pelan yang guaranteed renewal, di mana selagi anda bayar premium, selagi tu polisi anda hidup. Ada pelan yang bergantung kepada syarikat (setelah melihat rekod penggunaan), samada nak beri anda sambung polisi atau tak pada tahun berikutnya.
- Pastikan anda pilih pelan medical card yang guaranteed renewal ya.

pelan fleksibel medical card terbaik
pelan fleksibel medical card terbaik
5) Pelan Polisi Tetap atau Fleksibel
- Ada syarikat insurans yang mengamalkan pelan polisi tetap iaitu apa yang tertulis di dalam buku polisi, tadak boleh diubah lagi. Bermaksud jika anda pilih harga bilik RM80, 20 tahun ke hadapan, jika tiada lagi Hospital yang menyediakan harga bilik tersebut, maka selamanyalah anda perlu memakai harga RM80.
- Pendapat saya, dapatkan pelan polisi insurans yang fleksibel kerana keperluan perlindungan seseorang boleh berubah dari masa ke sama contohnya, bila berubah pekerjaan, berubah kemampuan kewangan dan berubah keperluan perlindungan diri, pasangan dan keluarga.

investment standalone medical card terbaik
investment standalone medical card terbaik
6)   Medical Card Investment dan Medical Card Standalone
- Sebelum anda bandingkan kedua medical card ini mana terbaik atau tidak, anda perlu faham bahawa kos medical setiap tahun meningkat. Ini juga dikenali sebagai kenaikan inflasi kos perubatan.
- Oleh itu, medical card dengan investment sebenarnya bertujuan untuk mengatasi kenaikan kos dengan bantuan nilai cash value investment dalam pelan. Namun duit ini agak sukar berkembang banyak kerana sering digunakan setiap tahun untuk menampung kenaikan kos medical.
- Dengan pemahaman ini, anda akan faham kenapa medical card standalone (ada medical card sahaja tanpa rider lain), berlaku kenaikan harga dari masa ke semasa. Anda tiada elemen investment, maka anda perlu tanggung kenaikan tersebut sendiri.

Mudah Faham Beza Medical Card Investment VS Medical Card Standalone:

Medical Card Investment = Harga Tetap sebab ada investment + Boleh tambah rider mengikut keperluan perlindungan

Medical Card Standalone = Harga berubah ubah selari faktor risiko umur meningkat + harga paling minimum kerana hanya ada kos medical card tanpa ada kos investment dan kos rider tambahan (Basic Plan sahaja).
kakitangan kerajaan medical card terbaik
kakitangan kerajaan medical card terbaik

7) Kakitangan Kerajaan perlu atau tidak medical card?
- Soalan ini biasa ditanya. Ya, kakitangan kerajaan dah ada GL untuk cover, namun ada item item yang tidak di cover sepenuhnya. Anda masih perlu bayar dalam kes kes tertentu terutama apabila melibatkan pemasangan alat/besi semasa pembedahan dan ubat yang tiada di hospital (special medicine).
- Wad kelas 1 terhad dan jarang anda dapat. Dan untuk wad biasa, memang penuh dan que panjang. Di hospital panel menggunakan medical card, bilik selesa dan layanan memang gred A hehehe. Orang yang dah biasa guna medical card taulah :) Memang takkan kembali ke hospital gomen hehe.
employee benefit medical card terbaik
employee benefit medical card terbaik

8) Syarikat tempat bekerja telah ambil medical card
- Ini adalah kelebihan namun bukan kewajipan. Bagi syarikat, hanya KWSP sahaja yang wajib carum. Apabila syarikat mengalami masalah kewangan, down grade pakej atau ditamatkan polisi medical card syarikat adalah perkara biasa.
- Jika anda tidak bekerja dengan syarikat, anda bercadang barulah anda nak mulakan ambil medical card individu betul tak? Ini adalah pandangan yang salah! Kenapa pula?
Ini disebabkan asas bagi polisi insurans adalah = penyakit sedia ada tidak di cover. Eh masa di syarikat, sakit tersebut dapat coverage guna medical card company...elok je....
Betul, tapi tu polisi lain. Bila apply polisi individu baru, kes tersebut dah jadi kes existing illness. Sebab tu la tak cover. Nak nak lagi dulu masa bekerja anda telah disahkan penyakit kritikal...perghhh naya anda!

Pilihan Medical Card Terbaik
Pilihan Medical Card Terbaik

Pertimbangan Medical Card Terbaik

Macam macam perkara perlu dipertimbangkan. Sebenarnya harga lah yang memberi tekanan kepada anda. Macam macam nak cover tapi duit tak cukup hehe. Pilih yang penting dulu dan upgrade bila kewangan dah ok betul tak?

Jom Tengok Video Jika anda Selalu Menangguh Ambil Medical Card Terbaik

 

 





Jom check harga quotation Medical Card Terbaik anda. Sila whatsapp saya info:

Nama Penuh
Tarikh Lahir
Nama Penuh Jawatan Pekerjaan
Taraf Merokok Ya/Tidak
Bajet Sebulan



Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA
 
Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)









A-LifeLink-i

A-LifeLink-i

A-LifeLink-i

A-LifeLink-i
A-LifeLink-i


Apakah pelan A-LifeLink-i ni?

Tahukah anda, pelan A-LifeLink-i ini adalah pelan paling power di AIA Public Takaful! Power macam mana tu?
Pelan ini adalah pelan all in one. Maksudnya, ada pampasan nyawa, pampasan hilang upaya menyeluruh (HUMK) sehingga umur 70 tahun, ada medical card sehingga umur 100 tahun, ada investment dan pilihan rider dan paling penting pelan ini adalah fleksibel.

A-LifeLink-i adalah fleksibel bermaksud apabila polisi telah di luluskan, anda masih boleh menukar pelan samada naik taraf atau turun taraf. Bergantung kepada keperluan dan situasi kewangan semasa anda. Tidak perlulah sampai anda tamatkan polisi betul tak?

Pelan A-LifeLink-i ini juga menawarkan Bonus Ulang Tahun meningkatkan amaun perlindungan anda sebanyak 1% setiap tahun. Ia bermula dari awal tahun ke-2 sijil sehingga 120% amaun perlindungan tercapai dan tiada kos tambahan akan dikenakan ke atas peningkatan amaun perlindungan di bawah Bonus Ulang Tahun.

Yang paling penting, A-LifeLink-i ini adalah patuh syariah! 

Rider A-LifeLink-i

Pelan ini juga mempunyai rider atau add on tambahan kepada asas polisi iaitu Pampasan Nyawa atau kadangkala dipanggil Sum Cover.

Untuk pelan A-LifeLink-i ini menjadi komprehensif, maka rider yang bersesuaian dengan keperluan individu boleh diambil untuk melengkapkan coverage perlindungan anda. Mudah faham, seorang bekerja di pejabat tak sama risiko dengan seseorang yang bekerja di pelantar oil and gas betul tak? Jadi mungkin rider pampasan kemalangan perlu ditambah untuk melengkapkan perlindungan selain pampasan nyawa dan medical card atau kad perubatan. 

Rider A-LifeLink-i yang boleh dipilih:

A-Plus Med-i (APM)
- Ini adalah rider paling penting yang biasa orang ambil iaitu medical card. Kalau tak ambil rider ni, polisi A-LifeLink-i anda hanya ada pampasan nyawa! Medical card ini boleh pilih mengikut harga bilik iaitu bermula RM150, RM200, RM250, RM300, RM350, RM400, RM450 dan RM500.

A-Plus HospitalIncome Extra-i (APHE)
- Ini adalah rider A-LifeLink-i yang memberikan elaun harian masuk wad. Bermula RM50 hingga RM400. Namun elaun ini anda perlu claim jika masuk wad hospital panel untuk mendapakannya.

A-Plus Venuz-i (APV)
- Rider ini memberi perlindungan untuk kes berkaitan wanita dalam bentuk pampasan wang.

A-Plus VenuzExtra-i (APVE)
- Rider ini adalah sama seperti A-Plus Venuz-i tapi lebih lagi terutama kes berkaitan mengandung (bukan bersalin ye).

A-Plus CriticalCare-i (APCC)
- Rider ini memberi pampasan wang kepada kes penyakit kritikal yang parah.

A-Plus Early CriticalCare-i (APECC)
- Rider ini memberi pampasan wang kepada kes penyakit kritikal pada peringkat awal.

A-Plus Multi CriticalCare-i (APMM)
- Rider ini memberi pampasan wang kepada lebih daripada satu kes penyakit kritikal.

A-Plus GenNext-i (APGN)
- Rider ini memberi pampasan wang jika tidak mampu bekerja dan peringkat awal kanser atau sakit jantung.

A-Plus AccidentShield-i (APAS)
- Rider ini memberi pampasan wang untuk kes kemalangan yang melibatkan kehilangan anggota.

A-Plus TotalAccidentShield-i (APTAS)
- Rider ini sama seperti A-Plus AccidentShield-i tetapi lebih komprehensif dan menyeluruh.

A-Plus DisabilityCash-i (APD)
- Rider ini memberi pampasan wang jika berlaku TPD kepada anda menyebabkan anda kehilangan sumber pendapatan pada tempoh tertentu.

A-Plus WaiverExtra-i (APWE)
- Rider ini jika berlaku TPD ke atas anda dan anda tidak perlu meneruskan caruman polisi.

A-Plus PayorExtra-i (APPE)
- Rider ini jika berlaku TPD ke atas pembayar polisi, maka anda tidak perlu meneruskan caruman polisi.

* Semua rider ini tertakluk kepada syarat tertentu. Sila dapatkan info lanjut daripada saya.

Banyaknya Rider. Nak ambil mana satu? Pilih banyak, makin mahal bayar la kan?
Jangan risau, tanya lah saya :)


Konsep Takaful

Konsep Takaful AIA
Konsep Takaful AIA


Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta polisi takaful AIA bersetuju untuk menyumbang atas dasar Tabarru’ (derma) ke dalam dana iaitu Dana Risiko Peserta (PRF), yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain dalam masa yang diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd ialah Operator Takaful yang diamanahakan untuk melabur dan menguruskan dana ini mengikut strategi pelaburan yang mengikut prinsip-prinsip patuh Syariah. 

Ini berbeza daripada konsep Insurans Konvensional dimana, di dalam konvensional konsepnya ialah syarikat yang menanggung risiko peserta. Dalam Takaful, peserta saling bantu membantu. Nampak tak bezanya? Penting kena jelas konsep ni dalam A-LifeLink-i.

 Boleh tau details manfaat pelan A-LifeLink-i ni?

AIA A-LifeLink-i
AIA A-LifeLink-i


* Sila Klik pada gambar untuk besarkan imej
* Ini adalah cadangan jika pilih harga bilik RM200. Untuk lebih tepat, sila rujuk saya

Apakah pengecualian-pengecualian utama untuk A-LifeLink-i?

 

1. Kematian akibat bunuh diri dalam tempoh 1 tahun dari tarikh penerbitan atau tarikh
berkuat kuasa, yang mana terkemudian.
2. TPD akibat daripada:
  • Percubaan membunuh diri atau kecederaan yang disebabkan perbuatan sendiri
semasa siuman atau tidak.
  • Perkhidmatan dalam mana-mana angkatan tentera atau pemulihan ketenteraman
awam.
  • Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan apa-apa peranti atau pengangkutan udara
kecuali sebagai penumpang dalam penerbangan komersial pada perjalanan yang
tetap.
  • Sebarang kecacatan kongenital yang telah disahkan atau didiagnosis sebelum Orang
Dilindungi mencapai umur 17 tahun.
  • Hilang upaya sedia ada akibat daripada keadaan fizikal atau mental.

Bonus Ulang Tahun A-LifeLink-i

Bonus Ulang Tahun AIA A-LifeLink-i
Bonus Ulang Tahun AIA A-LifeLink-i


Bonus Ulang Tahun meningkatkan amaun perlindungan anda sebanyak 1% setiap tahun. Ia bermula dari awal tahun ke-2 sijil sehingga 120% amaun perlindungan.

Contoh Bonus Ulang Tahun A-LifeLink-i:

Ahamd mengambil polisi A-LifeLink-i dengan pampasan nyawa RM100K
Tahun 2 = 1%
Tahun 3 = 1%
Tahun 4 = 1%
Tahun 5 = 1%

Bonus Ulang Tahun pada tahun ke 5 = 1% X 5 tahun X 100000 = RM5000
* maksimum pampasan adalah RM500K sahaja dalam kiraan Bonus Ulang Tahun A-LifeLink-i

Maka jika nilai pampasan nyawa Ahmad pada tahun ke 5 bernilai = RM100000 + RM5000 = RM105000

Apa lagi yang saya perlu tahu tentang A-LifeLink-i?

1) Anda boleh keluarkan duit investment bila bila masa, tetapi baki mesti tinggal RM1000
2) Anda boleh top up duit investment (Ad Hoc Top Up) min RM500.
3) Pampasan kematian A-LifeLink-i untuk kanak kanak bawah 4 tahun (Lien Juvenile) adalah mengikut peratus.

Tahun 0 = 20%
Tahun 1 = 40%
Tahun 2 = 60%
Tahun 3 = 80%
Tahun 4 = 100%

4) Umur permulaan untuk mohon minimum adalah 14 hari
5) Umur permulaan untuk mohon maksimum 70 tahun.

Kenapa A-LifeLink-i berbeza daripada syarikat insurans yang lain?

AIA Terbaik
AIA Terbaik


1) Perlindungan dan Pelaburan dalam satu pelan.
- pelan yang komprehensif dan fleksibel.

2) Perlindungan dan Pelaburan yang fleksibel.
- anda boleh tambah dan kurangkan bila bila masa melalui permohonan.
3) Tambahan Perlindungan melalui Bonus Ulang Tahun.
- bonus ulang tahun meningkatkan lagi jumlah pampasan sedia ada jika anda terus mencarum. Lebih lama, lebih besar nilai pampasan kematian jika anda terus setia dengan A-LifeLink-i.
4) 5 Tahun Perlindungan Berterusan.
- Ini adalah jaminan yang hanya ada di AIA. Jika anda membayar caruman berterusan, konsisten, tiada contribution holiday dan on time, serta tiada perubahan pelan sijil yang menjejaskan nilai Tabarru dan Account Value, anda dijamin walaupun keadaan ekonomi tidak baik menyebabkan nilai akaun sangat rendah dan tidak mampu menampung polisi, AIA memberi jaminan dalam tempoh 5 tahun, polisi anda akan tetap di cover.
5) A-Plus DisabilityCare-i
- Tahukah anda APDC ini ditanggung secara percuma di AIA. Ya, tiada caj langsung. Ia ditanggung sehingga umur 70 tahun dan sehingga maksimum RM8 juta dewasa, RM1.25 juta kanak-kanak dan RM500 ribu untuk pesara. Fuhh, free tu...mana nak cari yang takde caj.

* Pada pendapat saya, no 3-5 memang unik dan tak ada pada syarikat lain.





Video A-LifeLink-i



Brochure A-LifeLink-i <KLIK SINI>

Kenapa Pilih Saya untuk polisi medical card anda?


Saya pakar takaful AIA ini dan client saya servis di seluruh Malaysia. Tiada masalah. Sekarang zaman IT kan? Polisi AIA ini boleh digunakan di seluruh Malaysia ya. No problem....yang penting anda dapat support dari saya. Call boleh, whatsapp pun boleh. Anytime....

Selok belok teknikal guna medical card dan polisi AIA ni....i'm your man!

pilih A-LifeLink-i
pilih A-LifeLink-i

Untuk Quotation A-LifeLink-i harga tepat, Sila Whatsapp Info:

Nama Penuh
Tarikh Lahir
Nama Penuh Jawatan Pekerjaan
Taraf Merokok ya/tidak
Taraf Kesihatan Sekarang
Bajet sebulan

Contoh:
Ali bin Ahmad
11/03/1980
Technician Aircond  <-- jangan technician sahaja.Pastikan nama penuh
Tidak
Sihat
RM300



Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA
 
Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)














A-Life Signature-i

A-Life Signature-i

A-Life Signature-i

A-Life Signature-i
A-Life Signature-i


Anda sedang mencari pelan untuk insurans takaful nyawa yang terbaik?
Anda mencari pelan takaful hayat terbaik yang boleh dijadikan takaful hibah? Warisan untuk keluarga tersayang?

Sebelum tu, yang anda perlu tahu tentang A-Life Signature-i:

Umur permohonan A-Life Signature-i :

Umur 18-55 tahun layak memohon sehingga 70 tahun
Umur 18-65 tahun layak memohon sehingga 80 tahun
Umur 18-70 tahun layak memohon sehingga 100 tahun

Had perlindungan A-Life Signature-i :

Minimum RM500K
Maksimum tiada had (tertakluk syarat ujian kesihatan dan kewangan)

Keunikan Pelan A-Life Signature-i

Pelan ini sebenarnya adalah pelan polisi nyawa yang digabungkan dengan nilai investment. Jadi apa bezanya dengan insurans nyawa yang biasa?

Disinilah perbezaannya tentang A-Life Signature-i. Pelan ini mempunyai manfaat kematian dan investment yang unik! Memang tak ada pada pelan insurans nyawa yang biasa.

Saya sememangnya menyokong jika satu keluarga mengambil satu polisi A-Life Signature-i ini. Ini sebagai salah satu cara konsep bagaimana, duit kecil menjadi duit besar. Kematian itu pasti, jadi dengan pelan A-Life Signature-i ini, anda pastinya mahu untung jika berlaku kematian awal atau tiada kematian hingga tamat polisi. Saya akan tunjukkan manfaat polisi ini, jika berlaku kematian dan manfaat diperolehi peserta polisi jika tiada kematian berlaku.

Satu Keluarga = Satu Polis A-Life Signature-i

 

Kelebihan A-Life Signature-i

Anda pasti sedang membandingkan dengan pelan nyawa yang mirip A-Life Signature-i ini namun anda akan dapati, manfaat pelan ini sangat berbeza selain pampasan nyawa yang normal. Jom kita lihat:

1) Manfaat 100% jika kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).
2) Manfaat 200% jika kematian akibat kemalangan atau ketika mengerjakan umrah atau haji.
3) Manfaat 300% jika kematian akibat kemalangan menaiki kenderaan awam.
4) Manfaat 600% jika kematian akibat bencara alam.
5) Pendorong kematangan atau Maturity Booster sebanyak 20% dari nilai akaun jika tiada kematian berlaku sehingga polisi tamat. Ini memastikan anda dapat lebih daripada modal awal yang anda dah bayar. best kan?
6) Boleh tambah rider A-Plus CriticalCare-i jika disahkan mendapat penyakit kritikal atau A-Plus Waiver-i untuk mengenepikan caruman jika disahkan mendapat penyakit kritikal.
7) Fleksibel pembayaran mengikut tempoh matang (70/80/100 tahun) dan tempoh bayaran 5/10/20 tahun.
8) Had pemeriksaan perubatan setinggi RM1.5 juta!
9) Bonus kesetiaan untuk setahun akhir tahun sijil polisi
10) 10% diskaun atas caruman polisi jika ada pasangan atau anak atas 18 tahun ingin mengambil polisi sama (A-Life Signature-i PlusOne)
11) Patuh Syariah...ini adalah produk Takaful ya. Jangan bandingkan dengan produk konvensional lain yang mirip.

Macam mana? Best kan polisi ini. Rasa sangat terjamin bila ada polisi macam ni dalam keluarga kita. 

Pelan ini melindungi gaya hidup berkualiti waris anda yang anda paling sayang!


A-Life Signature RM1.5mil
A-Life Signature RM1.5mil


Tahukah anda dengan polisi A-Life Signature-i RM1.5juta:

1- Kekalkan perbelanjaan dan gaya hidup waris, apabila anda tiada. Tidak perlukan cash tunai dalam akaun sebanyak RM1.5 juta. Cukup dengan polisi A-Life Signature-i yang aktif.
2- Dana pantas sebab hibah takaful. Tak perlu perbicaraan pusaka. Waris boleh terus buat tuntutan di pejabat AIA secepat mungkin.
3- Selesaikan hutang hutang sedia ada.
4- Bantu business partner kekalkan business atau lepaskan hak pemilikan saham.
5- Guna untuk Refinance atau ganti MRTA MLTT property.
6- Pelepasan cukai peribadi LHDN
7- Waris jadi jutawan segera. At leaset mereka boleh survive sementara mendapatkan income baharu.
8- Tak perlu berebut harta, anda boleh bahagikan siap siap peratusan dapat hibah dalam polisi takaful A-Life Signature-i ni. Bijak kan?

Jom tengok anggaran contoh A-Life Signature-i:

A-Life Signature-i untuk famili
A-Life Signature-i untuk famili


Seorang Executive lelaki umur 35 tahun dan tidak merokok. Niat nak yang paling murah tapi coverage ok:

Pelan A-Life Signature-i dengan nilai coverage RM1.5juta (tak perlu medical check up....terbaik bro!) dengan tempoh coverage selama 70 tahun.

Tempoh bayar 5 tahun = RM4438.7 sebulan
Tempoh bayar 10 tahun = RM2271.25 sebulan
Tempoh bayar 20 tahun = RM1260 sebulan
Tempoh bayar sehingga umur 70 = RM857.50 sebulan

Benefit kematian:

100% jika kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).
200% jika kematian akibat kemalangan atau ketika mengerjakan umrah atau haji.
300% jika kematian akibat kemalangan menaiki kenderaan awam.
600% jika kematian akibat bencara alam.

Kalau tak mati dan survive sampai umur 70 (tamat polisi)

Katakan pilih bayar sampai umur 70 iaitu RM857.50 sebulan:

MODAL = RM857.50 X (70-35 tahun) X 12 bulan = RM360150
Account Value 100% = RM361900
Pendorong Kematangan atau Maturity Booster = RM72380

TOTAL UNTUNG = RM361900 + RM72380 = RM434280

Bolehlah jadi duit persaraan....eh dah jadi tabung persaraan pulak kan?

Hati pun senang betul tak?


A-Life Signature-i untuk persaraan
A-Life Signature-i untuk persaraan



 * Tertakluk terma dan syarat polisi. Anda perlu fahami dan dapatkan info yang penuh berkaitan A-Life Signature-i ini.

Download Brochure A-Life Signature-i <SINI>

Jom check harga quotation A-Life Signature-i anda. Sila whatsapp saya info:

Nama Penuh
Tarikh Lahir
Nama Penuh Jawatan Pekerjaan
Taraf Merokok Ya/Tidak
Pilihan Nilai Pampasan (min RM500K)
Pilihan Tempoh Coverage (sampai umur 70/80/100)
Pilihan Tempoh Bayaran (bayar hanya selama 5/10/20/Penuh Tempoh Coverage)

* setting termurah ialah RM500K + 70 + Penuh Tempoh Coverage

 
Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA
 
Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)







Medical Card AIA

Medical Card AIA

Medical Card AIA

Medical card AIA adalah medical card terbaik di pasaran. Mudah digunakan dan urusan sangat mudah di hospital panel.

Medical Card AIA
Medical Card AIA
Pilih medical card aia sebelum anda sakit. Pilih medical card aia sebelum umur anda 30an. Pilih medical card aia sebelum harga naik. Pilih medical card aia bergantung keperluan dan kewangan.

A-Life Medik Famili

A-Life Medik Famili

A-Life Medik Famili

Pelan A-Life Medik Famili ini adalah satu pelan medical card standalone yang direka khas untuk mereka yang inginkan coverage dan harga yang murah dan berpatutan.

A Life Medik Famili
A Life Medik Famili

Hibah Takaful

Hibah Takaful

Hibah Takaful

Hibah Takaful
Hibah Takaful


Ketika ini, istilah hibah takaful begitu popular terutamanya dikalangan ejen insurans. Jadi mari kita lihat apakah hibah takaful ini dan apa sebenarnya keperluan hibah takaful dalam kehidupan seharian kita.

Apakah hibah?

Hibah adalah pemberian secara sukarela oleh pemilik harta, tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada penerima hibah. Ia adalah satu bentuk tanda kasih sayang daripada si pemberi kepada penerima. Hibah tidak dihadkan kepada waris dan talian darah. Hibah boleh diberi kepada rakan, kawan, rakan sepejabat dan juga penerima bukan islam.


Hibah Takaful
Hibah Takaful

Apakah Hibah Takaful?

Hibah takaful bermaksud pemberian sejumlah wang pampasan kematian kepada penerima hibah yang dipilih dalam bentuk manfaat polisi takaful. Hibah ini adalah dalam bentuk tertangguh kerana hanya selepas kematian pemilik polisi, barulah wang pampasan dihibahkan kepada penerima.

Pemberian ini perlu dituntut oleh waris atau penerima hibah dengan mengemukakan borang dan dokumen berkaitan di mana mana pejabat AIA terdekat. Ianya mudah dan mudah dicairkan berbanding harta pusaka lain yang memerlukan perbicaraan dan surat kuasa untuk dilaksanakan. 

Kelebihan hibah takaful, adalah ianya hanya melibatkan antara penerima hibah dan pihak AIA sahaja. Waris tidak perlu masuk perbicaraan di mana mana, kerana hibah takaful ini unik. Hibah takaful ini jatuh di bawah undang undang Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013. Sebab itulah waris perlu segera buat tuntutan sebab ianya adalah sumber kewangan pantas untuk waris yang masih hidup untuk meneruskan hidup dan sebagai modal untuk menguruskan pembahagian pusaka yang lain.


Masalah Kewangan Hibah Takaful
Masalah Kewangan Waris Masih Hidup

Waris memerlukan modal tunai segera kerana:

1- kebanyakkan tunai pusaka akan beku sehingga proses pengurusan pusaka dilaksanakan.
2- Biasa berlaku perebutan harta pusaka di awal kematian pemilik harta.
3- Tidak berminat kerana menguruskan harta pusaka memerlukan kos secara tidak langsung.
4- Menguruskan jenazah dan hutang hutang berkaitan.
5- Memberi peluang untuk tebus sebarang bahagian faraid waris yang leceh jika dibahagi bahagikan.

Jika wang hibah takaful ini diperolehi oleh waris dalam tempoh sebulan selepas tuntutan, maka hibah takaful ini sangat sangat boleh membantu waris.

Berapa yang perlu anda hibah takafulkan kepada waris?

Bergantung kepada kemampuan dan keperluan menyelesaikan hutang yang akan membebankan waris. Boleh jadi dalam nilaian hutang harta seperti rumah, tanah, kereta yang boleh diselesaikan dan diberi kepada waris atau dalam bentuk nilai pendapatan seisi rumah yang sudah biasa dinikmati oleh keluarga anda. Nilai gantian pendapatan ini boleh dalam bentuk tempoh, samada pendapatan keluarga selama 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun.

Ayat Al Quran Berkaitan Wasiat


TAFSIR AL-BAQARAH AYAT : 240 (Wasiat Bagi Seorang Isteri Untuk Tinggal Selama Setahun di Rumah Suaminya yang Meninggal)

Dalam ayat berikut Allah Ta’ala masih menjelaskan apa-apa yang berhubungan dengan hak-hak wanita yang suaminya meninggal dunia, dan apa yang harus dilakukan bagi seorang suami dan ahli warisnya, serta apa yang harus dilakukan bagi seorang istri sepeninggal suaminya, setelah dijelaskan berkenaan dengan perintah agar mereka senantiasa menjaga shalat dan tidak melalaikannya akibat masalah-masalah kekeluargaan yang menimpa mereka. Allah Ta’ala berfirman:…..

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لأَزْوَاجِهِم مَّتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍ وَاللهُ عَزِيزُُ حَكِيمُُ {240}



“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan istri, hendaklah berwasiat untuk istri-istrinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.” (Al-Baqarah: 240).

Apakah kelebihan hibah takaful?

1- Penama adalah penerima mutlak. Tak perlu runding dengan waris yang lain. Wang pampasan adalah milik penama sepenuhnya.
2- Prosedur untuk tuntutan tak perlu ikut prosedur pengurusan pusaka yang panjang seperti perbicaraan dan faraid.
3- Mengelakkan pertikaian keluarga kerana hibah takaful tidak boleh dipertikai atau dibawa untuk bantahan.
4- Sesiapa sahaja boleh jadi penerima hibah walaupun bukan waris atau bukan beragama islam. Dengan syarat berumur 18 tahun ke atas.

Konsep Hibah VS Konsep Faraid


Bapa
1/6 jika arwah tiada anak/ada anak perempuan sahaja + Baki
1/6 jika arwah ada anak
Ibu
1/6 jika arwah ada anak saudara kandung 2 / lebih
1/3 jika arwah tiada anak
Anak Perempuan
1/2 jika anak perempuan tunggal tanpa anak lelaki
2/3 jika anak perempuan melebihi seorang tanpa anak lelaki
1/2 jika berkongsi dengan anak lelaki
Anak Lelaki
2/1 jika berkongsi dengan anak perempuan
semua baki jika anak lelaki sahaja
Suami
1/2 jika arwah tiada anak
1/4 jika arwah ada anak
Isteri
1/4 jika arwah tiada anak
1/8 jika arwah ada anak
 
Jika anda perhatikan, kedudukan isteri sangat sangat memerlukan TAMBAHAN bahagian daripada HIBAH TAKAFUL. Sayangkah anda kepada isteri anda? Betul betul sayang???
* Kepada isteri yang membaca tulisan ini, galakkan suami anda untuk buat hibah takaful demi untuk anda dan anak anak juga.


Bahagian Faraid Isteri Hibah Takaful
Bahagian Faraid Isteri
Cuba lihat gambar di atas, isteri dan anak anak perempuan dapat sikit je.



Harta Beku Hibah Takaful
Harta Pusaka Akan Beku

Anda rasa urusan pusaka boleh selesai 2-3 bulan? Jika lebih kompleks kes anda, lebih lama urusan sebelum anda anak beranak dapat hidup selesa.


Berebut Harta Pusaka Hibah Takaful
Berebut Harta Pusaka Antara Keluarga Ipar

Biasa untuk keluarga ipar masuk campur urusan pusaka. Bagaimana persediaan anda?

Kelemahan Hibah Takaful

1- Ia tidak menyelesaikan pengurusan pusaka si mati. Waris perlu menguruskan seperti biasa. Cuma apabila si mati membekalkan hibah takaful kepada waris, kebajikan waris terbela dan tidak dibelengu hutang dan tiada wang belanja. Bayangkan jika isteri adalah suri rumah. Hibah takaful menjadi sangat kritikal dan perlu.

Untuk pengurusan pusaka, boleh rujuk <SINI>

2- Hibah tidak dapat automatik. Ini waris perlu faham dan jika anda membuat hibah takaful, sila maklumkan dan sediakan salinan dokumen diri berkaitan seperti salinan IC, surat beranak, sijil nikah, buku polisi dan sebagainya. Waris perlu tuntut untuk dapatkan hibah ini. Tuntutan hibah takaful adalah antara perkara pertama yang waris perlu buat selepas kematian pemberi hibah.


Kesimpulan Hibah Takaful

Kesimpulannya hibah takaful sangat membantu kelangsungan kehidupan waris selepas kematian supaya kebajikan dan perbelanjaan tidak terjejas. Ia menjadi kritikal apabila:
1- Isteri adalah suri rumah dan tiada sumber pendapatan
2- Anak anak masih membesar atau belum habis belajar ijazah
3- Ada anak kelainan upaya (OKU)
4- Ada anak angkat. Ketahuilah bahawa anak angkat tidak layak menerima harta pusaka dan faraid. Kes biasa ialah anak angkat tak dapat apa apa.
5- Anda tiada simpanan tunai yang besar untuk diwariskan kepada waris anda. Hibah Takaful adalah salah satu duit kecil menjadi duit besar. Jika kereta pun anda insurans kan, kenapa diri anda tidak?

Apa Kelebihan Hibah Takaful AIA Apply Dengan Saya?

1- Takaful Nyawa/Hibah Takaful terbaik dalam pasaran (A-Life Signature-i)
2- Tempoh pembayaran yang fleksibel
3- Perlindungan tinggi bermula RM500K
4- Faedah kematian akibat kemalangan 200%
5- Faedah kematian ketika haji atau umrah 200%
6- Faedah kematian akibat kemalangan di dalam kenderaan awam 300%
7- Faedah kematian akibat bencana alam semulajadi 600%
8- Pendorong kematangan +20%
9 -Jika isteri atau anak ambil polisi, caruman lebih rendah kerana dapat diskaun 10% di atas amaun bayaran premium (PlusOne).
10 - Saya pakar takaful AIA. Satu Malaysai Cover boss!

 
Hibah Takaful AIA
Hibah Takaful AIA

 

Bagaimana nak mula buat Hibah Takaful?

1- Buat kiraan kasar hutang yang akan diwarisi oleh waris (sila tolak loan yang dah ada takaful seperti loan rumah dan lain lain).
2- Kirakan pendapatan bulanan keluarga anda dan berapa lama diperlukan untuk keluarga anda survive sebelum mereka boleh berdikari dan cari pendapatan lain.
3- Apa keperluan pendidikan yang boleh diwariskan kepada anak anak contohnya untuk anak masuk ke Universiti dan sambung ijazah, modal sekurang kurangnya RM30K diperlukan.
4- Hubungi saya untuk quotation hibah takaful;
Whatsapp saya Info:
Nama Penuh
Tarikh Lahir
Nama Penuh Jawatan Pekerjaan
Taraf Merokok Ya/Tidak
Taraf Kesihatan Sekarang

  • Kenapa bertangguh kerana anda dah tahu tentang kepentingan hibah takaful?
  • Hibah Takaful bukan kehendak jika situasi anda "memerlukan dan kritikal". Ini bukan perkara main main!
  • Apply Segera Hibah Takaful dengan Pakar Hibah Takaful Anda. Lebih cepat lebih baik. Kesedaran datang dari hati anda, saya hanya menunjukkan jalan.

Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA
 
Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)










 

Copyright © Insurans AIA Public Takaful dan Medical Card Keluarga Murah Designed by azhafizah.com